Lukis pelan rumah & ubahsuai (renovation)

 PELAN UBAHSUAI

Melukis pelan ubahsuai & tambahan :

1. Pelan perancangan pembinaan
2. Bangunan
3. Rumah kediaman
4. Pelan pindaan & tambahan
5. Pelan bangunan sementara.

Kami memproses mendapatkan kelulusan pelan dari pejabat osc Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah kawasan anda. Anda memerlukan Pelan Bangunan bagi proses ubahsuaian dan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kami lakukan untuk anda semuanya di sini. Jadikan rumah kediaman anda, untuk ruang yang selesa bagi kegunaan anak, isteri dan tetamu anda. Ubahsuai rumah anda juga, mampu meningkatkan harga rumah anda sekiranya anda berhajat menjualnya pada masa hadapan.

IDEA KEDIAMAN BARU & BANGLO

Melukis pelan kediaman & bangunan baru :

1. Banglo
2. Chalet & Resort
3. Rumah Moden & Tradisional
4. Kedai Perniagaan

Mencari idea bagi membina kediaman terutamanya banglo, mencari idea atau pengaruh ruang keluarga, kami ada jawapannya. Kami merupakan konsultan merekabentuk rumah banglo secara online yang membantu pemilik rumah mendapatkan idea + konsep terbaik bagi banglo idaman mereka yang inovasi, praktikal dan mengikut bajet Banglo yang direkabentuk merupakan

IDEA & KONSEP keseluruhan kepada kediaman impian yang bakal anda bina untuk keluarga tersayang. Samada anda memiliki tanah di kawasan “Development Order – ( lot tanah tersebut telah pun berada didalam kawasan perancang bandar)” atau lot tanah persendirian di luar bandar / tanah kampung.

Kami menawarkan perkhidmatan merekabentuk dan membina banglo idaman anda secara ONLINE dan hingga siap kepada :

1. Pemilik tanah lot banglo persendirian di Bandar
2. Pemilik tanah di kampung yang ingin membina rumah.
3. Pemaju atau Kontraktor yang ingin membuat banglo untuk dijual. 4. Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan idea rumah banglo idaman.

ARCHITECTURAL ILLUSTRATION

Adakah anda pemilik, jurutera & firma arkitek yang ingin membuat 3D rendering bagi projek bangunan anda? Anda dapat melihatnya dengan jelas aspek bangunan anda dari semua sudut. Kaedah 3D rendering menggunakan aplikasi berkomputer terkini dapat membantu anda menterjemahkan bangunan anda secara maya kepada mereka yang berkenaan, bagi memudahkan mereka membuat penilaian dan perspektif awal bangunan anda.

Adakah anda pemaju perumahan? Anda ingin menggunakan iklan rekabentuk bangunan anda secara 3D Animation atau dalam bentuk multimedia? Kami mempunyai kepakaran berkomputer untuk membantu anda menonjolkan projek bangunan anda seperti realistik. Terjemahkan pelan rekabentuk anda dengan paparan “rendering & walkthrought” yang terbaik dan jelas bagi klien dan prospek pembeli anda.

Harga kami adalah yang terbaik buat anda. RE-DRAWING PLAN Firma / syarikat anda memerlukan perkhidmatan melukis semula pelan bangunan / kejuruteraan. Atau Pelan simpanan anda rosak dan memerlukan lukisan pelan semula? Kami akan membantu anda melukis semula pelan anda menggunakan CAD.

Kami akan menyediakan format simpanan dan plotter yang terkini buat anda. Kami juga menawarkan menukarkan format simpanan (*.pdf) untuk simpanan ke pangkalan data anda. Atau apa juga keperluan anda, pihak kami sedia membantu dan menterjemahkan. Jika anda Firma Arkitek, Firma Kejuruteraan, Syarikat GLC, Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau agensi, kementerian lain yang memerlukan perkhidmatan kami ini, hubungi kami segara.

INTERIOR DESIGN & LANDSCAPE DESIGN

Lukispelan.com menyediakan perkhidmatan pelan dan merekabentuk landskap dan hiasan dalaman bagi anda yang mengimpikan pemandangan yang segar dan baik bagi rumah, kediaman, bangalow, kedai dan pejabat anda. Impian anda akan kami terjemahkan dengan paparan “sketchs & rendering” berkomputer untuk dipertontonkan kepada anda.

Kami juga menyediakan perkhidmatan merekabentuk lanskap kasar dan halus bagi keceriaan luaran kediaman anda. Samada membuat Pergola, Kolam Ikan atau Taman Mini. Pihak juga menyediakan kontraktor yang mahir dalam menterjemahkan rekabentuk kepada seni taman dan dalam yang akan memenuhi selera dan konsep yang anda inginkan.

Kami jamin, perkhidmatan kami tidak akan mengkecewakan anda dan keluarga untuk menghargai seni yang anda impikan.